CLICK HERE FOR THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES »

Saturday, August 28, 2010

Pendidikan Awal Kanak-kanak : Wadah Pembentukan Generasi Masa Hadapan



Pendidikan Awal Kanak-Kanak dan Kepentingannya

Pendidikan awal kanak-kanak sangat penting sebagai wadah pembentukan generasi masa hadapan yang cemerlang,gemilang dan terbilang

Pendidikan ini terbahgi kepada dua iaitu formal dan tidak formal.Pendidikan tidak formal kebiasaannya bermula di rumah dan ibubapa menjadi ikon dalam membentuk sahsiah mereka.Manakala,pendidikan formal lazimnya bermula di pusat-pusat pendidikan awal seperti taska,tadika dan prasekolah.

Guru-guru dan rakan sebaya memainkan peranan penting dalam proses pembesaran mereka dan pada usia ini mereka mula melangkah dari dunia keluarga ke dunia sosial.

Bermula dari sini juga,mereka menguasai kemahiran membaca dan menulis serta menkmati suasana pembelajaran dengan lebih sistematik.

Oleh:Nurfatihah Binti Zaid
No Matrik:204982
DPP :Bank Rakyat

Kesan Positif Pendidikan Awal Kanak-kanak



Kesan-kesan positif yang diperoleh dalam pendidikan awal kanak-kanak antaranya ialah:

Mereka lebih bersedia untuk menghadapi proses pembelajaran ketika melangkah ke dunia persekolahan.
Selain itu juga,pemikiran mereka menjadi lebih matang bersesuaian dengan tingkat usia mereka.

Daya kreativiti dan minat mereka terserlah kerana di pusat pendidikan ini kebolehan mereka dicungkil oleh tenaga pengajar.Di samping itu juga,mereka mudah untuk bergaul dengan rakan-rakan yang baru dan dapat menyesuaikan diri di tempat baru tanpa perlu rasa terasing.

Sikap mereka secara tidak langsung berubah menjadi lebih berdikari dan tidak terlalu bergantung kepada ibubapa

Oleh itu,peranan ibubapa sangat penting bagi memastikan anak-anak mereka mendapat pendidikan asas yang kukuh demi menjamin masa depan yang cemerlang.

Disediakan Oleh:Farisah Bt Ibrahim
No Matrik:204870
DPP:Bank Rakyat

Cadangan Memansuhkan UPSR Dan PMR





Terdapat cadangan bahawa peperiksaan  umum UPSR dan PMR akan dimansuhkan dan diganti dengan peperiksaan peringkat sekolah. Ini adalah kerana sistem pendidikan yang sedia ada terlalu mementingkan peperiksaan dan gagal melahirkan pelajar yang aktif dalam ko-kurikulum dan sukan serta berfikiran kreatif.

Pelajar belajar secara buta dan hanya menghafal apa yang akan keluar dalam peperiksaan. Mereka hanya belajar untuk dapat banyak A dalam UPSR dan PMR. Sistem pendidikan kita haruslah melahirkan pelajar yang mempunyai kemahiran dalam semua aspek dan bukanlah ulat buku. 

Nama         : Chan Shing Hui

No Matrik : 204747

DPP             : SME Bank

Bantahan Terhadap Pemansuhan UPSR dan PMR




Walaupun UPSR dan PMR kelihatan sudah pasti akan dimansuhkan oleh Kementerian Pelajaran, tetapi polisi dan sistem pendidikan baru yang lengkap masih belum siap dirancang.  Kementerian Pelajaran tidak harus bertindak terburu-buru melaksanakan polisi baru itu, tetapi patut mengumpul pandangan-pandangan daripada orang ramai terutama para pendidik.

Jikalau kita masih kekal dengan sistem pendidikan yang bermasalah, pemansuhan tersebut tidak mampu melaksanakan objektifnya untuk melahirkan pelajar yang berkemahiran dalam semua aspek. Cara peperiksaan harus diubah untuk membolehkan pelajar memberi pandangan tersendiri dan berfikir, dan bukanlah sekadar menghafal tanpa memahaminya.

Nama           : Soo Zen Wen
No. Matrik   : 206764
DPP               : SME Bank

Masalah Dalam Pendidikan Khas




Kebanyakan guru tidak memilih untuk mengajar di sekolah khas kerana takut akan membebankan diri sendiri.Kekangan komunikasi antara guru dengan pelajar kurang upaya menyebabkan mereka tidak menceburinya.


Sistem pendidikan khas juga menghadapi kekurangan kemudahan seperti peralatan.Sekolah yang dibina untuk pelajar kurang upaya juga tidak cukup untuk menampung bilangan pelajar yang ramai.

Masalah yang serious adalah diskriminasi orang ramai terhadap pelajar kurang upaya.Masyarakat tidak memberi peluang yang mencukupi untuk mereka menyebabkan mereka rasa rendah diri lalu menjejas prestasi dalam pendidikan.

NAMA :Low Swee Yong

No. Matrik:206738

Dpp :SME Bank

Usaha Mengubah Nasib Golongan OKU Melalui Pendidikan



Antara usaha yang dilakukan  adalah seperti menyediakan pelbagai jenis infrastruktur di hampir setiap institusi pendidikan seperti tandas yang saiznya lebih besar bagi memudahkan pergerakan golongan OKU.


Kerajaan juga patut mengecualikan bayaran pendaftaran kemasukan pelajar-pelajar kurang upaya pendengaran yang mengikuti latihan kemahiran di institusi-institusi pengajian di bawah kelolaan. 


Kementerian Kesihatan turut menjalankan Program Pengesanan Awal dalam memberi rawatan dan pemeriksaan sejak zaman kanak-kanak bagi memudahkan kemasukan kanak-kanak OKU ke institusi kebajikan.



Kesimpulannya, pelbagai usaha telahpun dilakukan oleh pihak kerajaan bagi memastikan taraf hidup golongan OKU.




Nama: Goh Li Wen

No. Matrik: 207045

DPP: TM

Masalah Pengangguran Siswazah Di Malaysia




Apakah masalah sebenar yang menyebabkan pelajar lepasan universiti itu menganggur?

Sesuatu pekerjaan yang ditawarkan tidak setaraf dengan kelulusan dan bukan bidang mereka semasa belajar di universiti adalah punca utama siswazah itu menganggur.Graduan yang mempunyai kelulusan yang tidak boleh dipasarkan terpaksa menganggur dalam tempoh yang lebih lama.

Pengangguran setiap tahun meningkat juga adalah kerana taraf pendidikan/ piawaian peperiksaan dan kelulusan siswazah-siswazah yang agak rendah, membuatkan mereka jarang diberi peluang pekerjaan.

Namun begitu, ada juga segelintir siswazah yang mempunyai pencapaian yang cemerlang tetapi tidak mendapat peluang pekerjaan, ini kerana mereka tidak mempunyai kemahiran dan pengalaman bekerja.

Masalah pengangguran siswazah ini akan membawa pelbagai masalah kepada dirinya sendiri,keluarga,masyarakat dan Negara dan perlu diatasi dengan teliti.

Nama : Beh Hong Wei
No. Matrix : 204946
DPP : SME

Langkah-langkah Mengatasi Masalah Pengangguran Siswazah Di Malaysia


Apa langkah-langkah yang boleh diambil untuk mengatasi isu pengangguran siswazah?


Sikap siswazah itu sendiri yang terlalu memilih pekerjaan perlu diubah berfikir secara profesional dan janganlah bersikap negatif terhadap sesuatu pekerjaan, kerana ianya akan merugikan diri sendiri.

Kerajaan juga perlu mewujudkan pusat maklumat siswazah di semua IPTA dan IPTS dengan aktif membuat aktiviti penyelidikan mengesan siswazah secara berkala dan melaksanakan program penempatan guru siswazah.

Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) boleh mengadakan kursus khas atau perancangan yang tegas kepada siswazah dalam antara tempoh masa pengajian mereka di Universiti.

Graduan perlu memperbaiki kelemahan berbahasa Inggeris untuk memberi diri kelebihan mendapat pekerjaan.

Kesimpulanya, graduan harus bijak mengatur langkah kehidupan masing-masing, jangan terlalu memikirkan profesional.

Nama : Lim Mei Choo 
No.Matrix : 206953
 
DPP : TM